KUALA LUMPUR – Tidak timbul soal Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menolak jawatan dalam Kabinet dianggap sebagai berjiwa besar, sebaliknya ia berkaitan dengan maruah UMNO dan institusi presiden itu sendiri.
Menurut Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, kedudukan nombor satu dalam parti itu sepatutnya diberi keutamaan dalam Jemaah Kabinet, sekurang-kurangnya Timbalan Perdana Menteri.
“Minta maaf. Ini bukan soal Presiden berjiwa besar. Ini soal maruah UMNO dan maruah institusi Presiden.
“Sepatutnya Presiden mesti dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Kita tidak boleh berkompromi dengan persepsi bahawa mereka yang didakwa sudah didapati bersalah,” katanya dalam hantaran di Facebooknya miliknya, malam tadi.
Semalam, media melaporkan bahawa Ahmad Zahid tidak akan menawarkan diri untuk dilantik memegang sebarang jawatan dalam Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu mengumumkan pendiriannya ketika berucap pada perasmian Berkelompok Persidangan UMNO Cawangan Empat Peringkat Bahagian Bagan Datuk di Dewan Perdana Kompleks Umno Bagan Datuk, semalam.
Jamal juga berkata, soal integriti juga sepatutnya tidak wajar ditimbulkan dalam pelantikan Jemaah Kabinet kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri pernah berkompromi dengan Lim Gua Eng ketika dilantik sebagai Menteri Kewangan.
“Sedangkan semasa Muhyiddin dalam Pakatan Harapan (PH), beliau berkompromi pula bila Guan Eng dilantik sebagai Menteri Kewangan.
“Lebih malang kalau Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik pula dalam Kabinet baru termasuk mereka yang melompat parti,” katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid juga digesa mempertimbangkan semula keputusannya untuk menolak daripada dinamakan sebagai menteri kanan dalam Kabinet Kerajaan PN.
“Saya harap Presiden pertimbang demi maruah UMNO yang menyumbang kenaikan Kerajaan baru. Saya sendiri berjumpa Presiden bertanya mengenai kes beliau.
“Beliau menunjukkan beberapa bukti. Sebab itu saya yakin Presiden mangsa dakwaan politik,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Saya setuju kerana belum terbukti bersalah. Kalau ahli UMNO takde dalam kabinet seakan perjuangan kosong sj.
Kenyataan yang bangang lagi bahalol serta tolol..Tawaran tidak pernah dibuat oleh mana2 pihak pun lagi..Zahid@Tolol telah menolak sebab die rasa die hebat dan akan ditawarkan jswatan dlm kabinet..sedangkan tiada sesoapa pun yg membyat apa2 tawaran kepada beliau..lojiknya kenyataan menolak jawatan kabinet tidak ada asas langdung kerana tiada tawaran..Malu dan kesian pada semua ahli2 Umno punya presiden yg bahalol