Muzzammil Ismail

KUALA LUMPUR – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didesak agar tidak merumitkan keadaan dan menyebabkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia(Bersatu) tersepit.

Exco Armada, Muzzammil Ismail berkata, hala tuju dan strategi Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dari awal adalah untuk menyelamatkan parti ini daripada kehilangan kuasa dan mandat daripada rakyat khususnya Bumiputera.

”Kita perlu faham Bersatu berhadapan cabaran besar untuk memperkasakan masyarakat Melayu dalam mendepani cabaran.

”Kita tidak perlu segan dan apologetik untuk apabila ada soalan seperti “are you Malaysian first or Malay first,” dan menyebabkan kita teragak-agak menjawab.

”Percayalah parti politik berasaskan kaum masih relevan pada masa sekarang terutama untuk survival parti menghadapi sokongan rakyat pada PRU15,” katanya.

Menurut Muzzammil, Bersatu berhadapan kesukaran untuk memenangi kawasan majoriti Melayu kerana defisit kepercayaan terhadap Pakatan Harapan (PH) semakin membuak-buak.

Isu ICERD, kenyataan Syed Saddiq tidak setuju dengan prinsip ketuanan Melayu, menghalau pulang Dr Zakir Naik, LTTE, tulisan jawi dan desakan letak jawatan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara faktor-faktor yang membuatkan rakyat (orang Melayu) menolak PH, katanya.

Muzzammil menambah, seseorang boleh menjadi pemimpin kerana prinsipnya diangkat oleh pengikut tetapi sesebuah parti boleh berkuasa kerana ada pihak yang bekerja mendapatkan kuasa.

Ujarnya, pemimpin tidak perlu bermuka-muka untuk memastikan survival parti kekal berkuasa dan dapat mengangkat hala tuju parti dalam mempertahankan Melayu dan Islam.

”Jangan habis kempen dan menang, jadi liberal, ada yang bawa budaya anarkis, sokong LGBT dan sebagainya,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Berlagak pandai je tu budak…tak ada anak bini reti ke makna tanggungjawab…belajar dulu pikul tanggungjawab sebagai suami..lepas tu baru nak cakap soal rakyat.

Comments are closed.