TERKINI : Hadi Awang Bawa Usul Undi Percaya Muhyiddin – Anthony

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke mencadangkan agar Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8 di Dewan Rakyat, Mei ini.

Cadangan kepada presiden PAS itu dibuat selepas Hadi menyifatkan Pakatan Harapan (PH) bercadang membuat usul undi tidak percaya berhubung pelantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri yang memberi gambaran pakatan itu tidak percaya kepada keputusan Yang di-Pertuan Agong.

“Hadi kata usul undi tidak percaya kepada Muhyiddin bermakna tidak percaya Agong. “Baik saya cadang Hadi boleh buat usul undi percaya kepada Muhyiddin, kita bahas dan kita undi di Parlimen,” katanya.

1 Komen

Comments are closed.