Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan Istana Negara di sini, sebentar tadi selepas hampir dua jam menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Ahli Parlimen Pagoh itu selesai menghadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mempersembah senarai nama Jemaah Menteri baharu.
Kenderaan yang membawa Muhyiddin dilihat keluar melalui pekarangan pintu utama istana pukul 12.35 tengahari.
Terdahulu, Muhyiddun tiba dengan menaiki kenderaan rasmi Perdana Menteri pukul 10.50 pagi. Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijangka mengumumkan senarai Kabinet baharu yang diperkenan Yang di-Pertuan Agong itu di Pejabat Perdana Menteri, pada pukul 5 petang nanti.