Kim Jong Un. foto Agensi

SEOUL – Kim Jong Un menyaksikan sendiri ‘latihan senjata’ oleh Korea Utara, termasuk pelancaran peluru berpandu jarak sederhana untuk kali kedua dalam tempoh seminggu.

Korea Utara melancarkan pelbagai senjata ke dalam laut semalam, sebagai sebahagian daripada latihan ketenteraan, menurut tentera Korea Selatan, yang mendorong Amerika Syarikat dan China merayu kepada Pyongyang untuk kembali ke meja rundingan bagi mengakhiri program nuklear dan peluru berpandu.

Kim yang menyertai komander-komander tentera melahirkan rasa puas hati dengan keputusan latihan tersebut, menurut agensi berita KCNA.

Tujuan latihan senjata itu untuk menilai keupayaan serangan balas tentera peluru berpandu jarak jauh di bahagian depan.

Gambar-gambar yang dikeluarkan oleh KCNA menunjukkan pasukan menembak sejumlah artileri serta peluru berpandu daripada sistem roket pelbagai pelancaran (MLRS) dengan pelancaran empat tiub.

Peluru-peluru berpandu itu terbang sejauh 200 km (124 batu) dan mencapai ketinggian 50 km, kata Ketua Pegawai Bersama Korea Selatan (JCS).

Britain, Jerman, Perancis, Estonia dan Belgium membangkitkan pelancaran baru peluru berpandu Korea Utara di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada hari Khamis dengan menyifatkan tindakan tersebut sebagai provokasi yang melanggar resolusi PBB.

Tetapi Kementerian Luar Negeri Korea Utara mengkritik pendirian Eropah sebagai “tingkah laku terburu-buru AS”.

Tetapi kakak Kim mendakwa latihan itu tidak bertujuan mengancam sesiapa pun. – MalaysiaGazette