PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri tidak menolak kemungkinan akan membuka semula kes individu yang didakwa terbabit dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bagaimanapun berkata ia bergantung kepada taklimat terperinci selain akan berbincang dengan semua pegawai-pegawai tertinggi di kementeriannya.
“Kita tengok apa yang patut kita lakukan. Isu pengganas bukan hanya masalah dalam negara tetapi ianya masalah dunia.
“Kita perlu bersama dengan segala maklumat yang kita dapat. Kalau ianya perlu diambil tindakan yang sewajarnya, saya hendak ambil tindakan yang tegas.
“Tindakan yang tegas itu adalah sesuatu yang mengikut undang-undang dan perlembagaan yang ada,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 Kementerian Dalam Negeri (KDN) di kementeriannya di sini hari ini.
Beliau ditanya sama ada kes LTTE akan dibuka semula selepas digugurkan Tan Sri Tommy Thomas ketika menjadi peguam negara.
Artikel berkaitan: LTTE: DAP gembira semua tahanan sudah dilepaskan Mahkamah Tinggi hari ini
LTTE: Peguam Negara tiada kuasa – Muhyiddin
Tommy mengambil keputusan meletak jawatan pada 28 Februari lalu susulan perubahan Kerajaan di negara ini.
Sebelum itu, beliau telah menggunakan kuasa budi bicara bagi memberhentikan prosiding perbicaraan terhadap 12 individu kerana didakwa terlibat dengan kumpulan LTTE.
Tommy juga mengeluarkan arahan untuk tidak meneruskan prosiding terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya dari DAP, P Gunasekaran, serta ADUN Gadek dari DAP, G Saminathan kerana melibatkan diri dengan kumpulan pengganas dari Sri Lanka itu. – MalaysiaGazette
PM TMY masa jd Menteri KDN Kata ada bukti.
Bukak balik. Keadilan utk semua. Jgn biarkan penyokong pengganas bermaharaja lela… Pengajaran utk semua.
Jgn lupa kes Adib, kes terowong, kes banglo murah, kes adun rogol dll 🙂