Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Penyenaraian Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) sebagai kumpulan pengganas adalah tertakluk kepada kuasa Menteri Dalam Negeri yang diperuntukkan undang-undang.

Lantaran itu, kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Peguam Negara tidak mempunyai apa-apa kuasa di bawah undang-undang untuk mencampuri urusan yang berada di bawah bidang kuasa Menteri Dalam Negeri.

“Adalah ditegaskan bahawa menurut Seksyen 688 (1) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001, Menteri Dalam Negeri mempunyai kuasa untuk menyenaraikan individu atau kumpulan yang terlibat dalam kegiatan keganasan sebagai Entiti Yang Ditentukan.

“Penyenaraian entiti berkenaan adalah berdasarkan maklumat perisikan dan keselamatan terkini yang diterima daripada pihak berkuasa seperti PDRM dan lain-lain kawal selia atau pengawasan berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Muhyiddin, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan LTTE sebagai kumpulan pengganas sejak 12 November 2014.

“Berdasarkan maklumat terkini yang diterima daripada pihak berkuasa, saya selaku Menteri Dalam Negeri mempunyai alasan kukuh untuk mengekalkan penyenaraian LTTE sebagai kumpulan pengganas. Kumpulan ini dipercayai masih mempunyai ideologi yang boleh menimbulkan ancaman terhadap ketenteraman awam dan keselamatan negara.

“Justeru, adalah menjadi tanggungjawab pihak berkuasa untuk mengambil tindakan mengikut saluran undang-undang bagi membendung bentuk penyebaran ideologi dan kegiatan yang berkaitan dengan kumpulan ini,” tegas Muhyiddin.

Untuk rekod, katanya, selain Malaysia, beberapa buah negara lain turut mengisytiharkan dan mengekalkan LTTE sebagai kumpulan pengganas dalam senarai negara masing-masing.

Negara-negara tersebut adalah India, Kanada, Amerika Syarikat dan United Kingdom. – MalaysiaGazette

7 Komen

  1. Bgus, KDN, kamu buat kerja dgn baik..harap pm tukar cpt pguam bodoh ni..pguam resis ni..pguam perkauman ni..pguam ni tak lyk utk adili rakyat berbilang kaum di mlysia ni..

  2. Bila dibebas sambut balik dipintu mahkamah.ini kes dibawah KDN.peguam negara tak ada kuasa.polis boleh cas balik.walau sepuluh kali bebas pun

  3. Rakyat yang cintakan keamanan menjadi semakin pening? Siapa sebenarnya yang berkuasa dalam hal ini? Siapa atas siapa dalam hiraki keputusan?

    Nampaknya sistem macam ini sudah ARCHAIC, outdated, lapuk, tidak bertamadun dan nampak tidak adil? Adakah undang2 itu sendiri tidak adil?

    Kami kurang arif undang2, kami hanya rakyat marhaein! Kah..kah..kah..

  4. Selepas perlantikkan Peguam Negara yang kurang arif undang2 negara, maka terjadi lah kehancuran ke atas Rule of Law!!!
    Yang dipelopori oleh Peguam Negara adalah Law of the Jungle ikut buku komunis yang dia sanjung. Lihat lah bagaimana PNegara menyalahgunakan kuasa untuk membuat kes dan membuang kes dengan alasan yang tidak munasabah.
    Sudah sampai masa rakyat menuntut PNegara yang kurang arif ni dibuang dan Di berhenti kan.

  5. Cara bagaimana AG berfungsi sudah lapuk, ARCHAIC, tiada keadilan, tidak bertamadun dan menyuburkan ketidakadilan?

    Rules of law yang amat memalukan?

    Kah..kah..kah..

Comments are closed.