Jumlah pelawat ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah dihadkan berikutan penularan Covid-19.

SHAH ALAM, 12 Mac — Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang mengehadkan kehadiran pelawat ke wad serta-merta hari ini susulan peningkatan kes COVID-19 yang melanda negara ketika ini.

HTAR dalam satu kenyataan di laman sosial rasmi Facebooknya memaklumkan, langkah itu dilakukan bagi mengurangkan risiko jangkitan dalam kalangan pesakit, pelawat dan warga kerja hospital berkenaan.

“Selain mengehadkan bilangan pelawat, kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun juga dilarang sama sekali melawat ke wad.

“Tempoh lawatan ke wad juga dipendekkan kepada pukul 1 tengah hari hingga 2 petang dan 5 petang hingga 6.30 petang setiap hari bekerja termasuk cuti umum dan hujung minggu,” menurut kenyataan itu.

HTAR turut menjelaskan, sebarang perubahan terhadap penerimaan kehadiran pelawat dan waktu lawatan berkenaan akan dimaklumkan kelak.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast