Terkini : Lahirkan Pekebun Yang ‘Smart’ dan ‘Bijak’, Bukan Cara Lama – Khairuddin Aman

Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi menyasarkan untuk meningkatkan hasil sawit agar ia dapat mencakupi pasaran baharu kelak.

Menterinya, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, ia merupakan salah satu hala tuju kementerian itu yang dicapai semasa taklimat bersama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) hari ini.

“Kita menyasarkan untuk membesarkan lagi saiz pengeluaran. Kita sasarkan pengeluaran 20 juta tan.

“Penggunaan tenaga kerja bukan hanya bergantung pekerja luar tetapi kita menyasarkan penggunaan buruh tempatan dan memperkasakan lagi tenaga mesin untuk melahirkan pekebun yang bijak bukan hanya bergantung cara lama untuk menghasilkan tanaman sawit,” katanya ketika sidang media di sini hari ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast