Majlis Tertinggi UMNO yang bermesyuarat semalam memutuskan Kerajaan baharu pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah Kerajaan Perikatan Ahli-ahli Parlimen yang tidak melibatkan ikatan antara parti-parti politik.
Kerajaan Perikatan Ahli-ahli Parlimen yang dimaksudkan itu adalah serupa dengan cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad di ambang kejatuhannya beberapa minggu lalu untuk menubuhkan satu Kerajaan Perpaduan yang tidak berasaskan parti-parti, hanya satu kerajaan oleh Ahli-ahli Parlimen sahaja.
Cadangan itu telah ditolak oleh UMNO (dan juga PAS) kerana Mahthir mencadangkan penglibatan ahli-ahli Parlimen DAP juga dalam kerajaan tersebut.
Satu perbezaan yang nyata antara cadangan Mahathir dengan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin adalah ketiadaan Ahli Parlimen DAP, PAN dan Warisan sahaja.
Langkah MKT UMNO mengasingkan dan menjarakkan parti dari Kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin adalah langkah awal untuk mengelak UMNO turut dipertanggungjawabkan jika kerajaan Perikatan Ahli-Ahli Parlimen ini gagal melaksanakan aspirasi rakyat
Jika Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin ini gagal, hanya 39 orang Ahli Parlimen UMNO saja yang akan bertanggungjawab, bukan UMNO sebagai sebuah parti. Lebih tepat lagi, kegagalan itu akan hanya dipertanggung jawabkan ke atas sembilan orang Menteri dan lapan Timbalan Menteri dari UMNO dalam Kabinet Muhyiddin Yassin.
Daripada 9 orang Menteri UMNO, berapa orangkah adalah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO?
1. Ismail Sabri Yaakob – Naib Presiden
2. Reezal Merican Naina Merican – MKT
3. Shamsul Anuar Nasarah – MKT
4. Noraini Ahmad – Ketua Wanita
Lima orang lagi Menteri daripada UMNO bukan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO. Mereka ialah Hishamuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin, Halimah Saddique, Annuar Musa dan Dr Adham Baba.
Soalnya, siapakah yang mencadangkan nama-nama calon Menteri dan Timbalan Menteri dari UMNO kepada Muhyiddin Yassin jika bukan Presiden UMNO sendiri?
Pengguguran Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung UMNO dan Shamsul Anuar Nasarah sebagai Ketua Penerangan UMNO boleh diterjemah sebagai satu tindakan untuk meminimumkan keterlibatan pimpinan tertinggi parti UMNO dalam Kabinet Perikatan Nasional.
Manakala daripada kalangan 8 orang Timbalan Menteri dari UMNO yang dilantik oleh Muhyiddin Yassin, hanya Zahidi Zainul Abidin, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia sahaja adalah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.
Jumlah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang terlibat dalam Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri dalam Kerajaan Perikatan Nasional adalah hanya seramai 5 orang sahaja.
Oleh itu adalah tidak sukar untuk menduga kenapa ada sebilangan daripada Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang terus menerus mempertikaikan Kabinet yang diumumkan oleh Muhyiddin Yassin beberapa hari lalu.
Ada yang pertikaikan kenapa UMNO tidak diberikan kementerian yang dianggap lebih kanan, dan ada juga yang mempertikaikan bilangan Menteri dari UMNO yang tidak berkadaran dengan jumlah bilangan Ahli Parlimen UMNO. Ada yang mendakwa UMNO sudah “kena tipu”.
Kesimpulannya, pendirian Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada hari ini adalah satu keputusan ‘after-thought’ yang sepatutnya telah dibuat lebih awal sepertimana yang telah dilakukan oleh Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg bagi pihak GPS.
UMNO baru sedar ini bukan Kerajaan UMNO, ini Kerajaan Muhyiddin Yassin? – MalaysiaGazette
— Pandangan ini ditulis oleh pemerhati politik Azizi Safar.
MN telah diperalatkan ….sekian, terima kasih.
Rakyat sokong PM TMY, masa untuk berkerja. Sudah..sudah lah.
Rakyat mana tu?? rakyat lompat??
Majoriti rakyat..yg penting rakyat happy bkn PH yg memerintah
Inilah akibat kegopohan zahid midi yg nak sgt pegang kuasa… Tok mat Hassan dipinggirkan… Harap-harap pemilihan Presiden UMNO nanti tok mat akan bertanding melawan zahid yg tiada karisma pemimpin tu 🙂
bagus lah tu kalau ini bukan kerajaan umno. rakyat pun tidak rasa musykil lagi. kalau umno merintah rakyat akan bayar gst tak lama lagi.
Bro u all tak rasa satu suasana berbeza ke, tak pasal2 skrg macam suka tengok tv1 dgn tv3, tv2 tengok apa kandungan dialh. Macam suasana jalan raya masa 1 hari CNY. Mcm lapang lah kepala hotakni. Lain2 mcm mana dia org nak set ke , nak tibai ke, janji geng sesat lg satu tu tak jd kerajaan.
1st step, PH dah bkn kerajaan Alhamdulillah.
2nd step, kuatkan MN, masuk PRU15 sebagai MN.
Start berkerja dari sekarang. Biarkan kerajaan MY buat apa dia nak. Ini mmg bkn kerajaan PN tapi kerajaan MY. Biarkan, majoriti rakyat dah x bodoh mcm dulu. Yang masih bodoh2, biarkan dlm PH.
Win la komen lu… 🙂
Jgan byak cakap byakan keja.jgan bagi rakyat meluat nanti betukar pulak.
Setuju sangat2
Main buah kalau.. kalau gagal? Kalau berjaya ..cam no tu…?
GST takdak BARANG MAHAL jugak. Duit penjimatan GST masuk poket tauke2, kita dok beli barang mahal jugak. Satu dunia buat GST supaya tauke2 nie tak boleh cilok dia punya sales. Kalau depa ciluk tak dapatlah tuntut cukai input GST. Mansuhkan GST telah meningkatkan perniagaan tak bermaruah=pengelakan cukai=Kerajaan takdak hasil. Itu sebab IOU sama PETRONAS sebesar 30 Billion. GST ada takdak barang tetap mahal. Kita minta Finance Minister yg bukan politikus ini untuk membuat keputusan terbaik untuk Malaysia.