Abdul Hamid Bador

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menafikan dakwaan anak bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ditangkap di Singapura.

“Tidak benar,” jawab beliau kepada media Malaysiakini mengenai spekulasi anak Setiausaha Agung DAP itu.

Terdahulu, akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau melaporkan anak seorang “pemimpin kanan Pakatan Harapan” ditahan selepas cuba membawa RM2 juta masuk ke Singapura.

Blog kontroversi, Malaysia Today kemudian dipetik laporan Nanyang menyatakan anak muda terbabit ialah anak lelaki Guan Eng. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast