LONDON – Kelab Shanghai Shenhua akan meminta £15 juta dari Manchester United untuk menjadikan status pinjaman Odion Ighalo kepada perpindahan tetap.

Kelab China tersebut telah melihat impak segera yang telah ditunjukkan penyerang itu dan pantas mahu meningkatkan harganya.

United mempunyai pilihan untuk membeli Ighalo tetapi tiada sebarang bayaran yang telah dipersetujui.

Ighalo yang kini menjalani fasa pinjaman bersama Manchester United dari kelab China Shanghai Shenhua menerima banyak kritikan kerana dia dianggap bukan penyerang yang diperlukan United.

Malah pemain antarabangsa Nigeria itu digelarkan sebagai ‘Panic Buy’ oleh penganalisis bola sepak.

Namun dia membuktikan sebaliknya apabila telah menjaringkan empat gol sejak hadir ke Old Trafford. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast