LONDON – Real Madrid memberitahu ejen Sadio Mane mengenai minat untuk mengikat bintang antarabangsa Senegal itu pada akhir musim ini.
Ia sudah pasti akan menjadi satu berita membimbangkan kepada Liverpool dan penyokongnya ekoran pandangan the Galacticos beralih ke arah bintang kegemaran mereka.
Real Madrid melihat jendela perpindahan pemain akhir musim ini sebagai peluang untuk merekrut pemain baharu memandangkan pengurusnya Zinedine Zidane tidak gembira dengan pilihan pemain yang ada ketika ini ada di Bernebeu.
Bintang Paris Saint Germain Kylian Mbappe dan Erling Haaland merupakan sasaran utama kelab gergasi Sepanyol itu.
Bagaimanapun juara 13 kali Liga Juara-Juara Eropah itu memilih Mane.
Madrid didakwa telah menghubungi agen pemain itu dan telah membincangkan mengenai potensi penghijrahan ke Madrid.
Mane mempunyai kontrak tiga tahun bersama the Kops tetapi the Galacticos yakin pemain itu boleh diyakinkan dan Liverpool boleh dipujuk dengan nilai 140 juta pound.
Yuran itu akan memadamkan pembelian Eden Hazard dengan 88 juta pound musim lalu daripada Chelsea.
Mane 27, berjaya menjaringkan 18 gol dan 12 bantuan dalam 38 penampilan bersama Liverpool.- MalaysiaGazette