KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjejaki kira-kira 4,000 orang lagi ahli-ahli jemaah tabligh yang belum tampil untuk membuat saringan kesihatan masing-masing.
Tindakan itu diputuskan oleh Jawatankuasa Petugas Khas Menteri-Menteri Membabitkan Perintah Kawalan Pergerakan selepas mendapati masih ramai lagi yang tidak mengendahkan rayuan dan nasihat yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu dibuat bertujuan mengurangkan kebimbangan rakyat terhadap kumpukan tabligh tersebut yang masih tidak dapat dikesan sepenuhnya.
“Saya faham ada kebimbangan terhadap kumpulan tabligh yang masih tidak dikesan seramai 4,000 lagi setakat ini. Polis telah membuat keputusan untuk mengesan peserta tabligh itu.
”Dan, saya juga meminta kumpulan yang belum dikesan itu supaya tampil sendiri ke pusat Kesihatan buat saringan tanpa dicari,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.
Mengulas mengenai kebimbangan rakyat mengenai penyertaan 89 orang warga negara Malaysia dalam perhimpunan tabligh di Sulawesi Indonesia, Ismail berkata, jawatankuasa itu akan memastikan mereka terlibat dikuarantin sebaik sahaja tiba di tanahair nanti.
Kuarantin turut membabitkan semua rakyat Malaysia yang dibawa balik ke negara ink.
“Kita akan membincangkan butiran terperinci mengenai isu itu esok dalam mesyuarat sama selepas Jabatan Imigresen memberikan senarai jumlah sebenar rakyat kita yang akan pulang dari luar negara nanti,” ujarnya. – MalaysiaGazette
Semoga ahli ahli tabligh yang masih belum membuat lawatan ke hospital dan klinik kerajaan berbuat demikian sesuai dengan tahap serius kesan pandemik corvid19.Jangan menggunakan alasan kononnya mahu dan redha dengan dugaan dan takdir Allah dan ada juga dengan alasan kononnya bidadari syurga sedang melambai dan sedang menunggu di pintu syurga para tabligh ini.Alasan karut marut lagi sesat boleh menyebabkan orang orang yang tidak berdosa menjadi mangsa atas alasan sesat dan bodoh ini.Sila beri kerjasama kepada arahan ulul amri dan pemerintah kerana kedegilan dan fatwa fatwa sesat lagi menyesatkan membawa kepada dosa dosa besar sebagai penyebab genjala corvid19 tersebar meluas.Jadi,muhasabah secara ilmiah dan letakkan kepentingan jemaah yang lagi besar daripada jemaah tabligh iaitu rakyat jelata serta umat Muhammad rasulullah sebagai jaminan kerjasama antara dua pihak.Sila para jemaah tabligh yang masih belum membuat lawatan ke hospital berdekatan berbuat demikian.