TERKINI : Tidak Ada Keluar Masuk Antara Negara “Johor Kena Dapat Kebenaran MKN” – Dr. Adham Baba

Kementerian Kesihatan hari ini berkata kerajaan negeri Johor perlu mendapatkan kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negeri (MKN) terlebih dahulu sekiranya ingin membuat keputusan untuk membuka pintu masuk Johor-Singapura.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, kebenaran itu perlu diluluskan oleh MKN kerana kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula semalam sehingga 31 Mac ini.