KUALA LUMPUR – Affin Bank Berhad (Affin Bank) dan Affin Islamic Bank Berhad (Affin Islamic)menawarkan bantuan kewangan menyeluruh kepada para pelanggan yang terjejas oleh wabak Covid-19.

Inisiatif ini diwujudkan untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung ketika mengalami ketidaktentuan pasaran kewangan dan kesulitan kewangan yang tercetus akibat penularan wabak berkenaan.

“Kami komited untuk meneruskan sokongan kami kepada para pelanggan sebagai rakan perbankan pilihan dengan memberikan bantuan kepada mereka dalam waktu dan situasi yang mencabar ini,” kata Kamarul Ariffin Mohd Jamil, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Berhad.

Bank akan menyediakan moratorium sehingga enam bulan, serta Penjadualan dan Penstrukturan Semula (R&R) kemudahan pembiayaan untuk para pelanggan bagi produk yang disenaraikan di bawah:
i. Gadai Janji
ii. Sewa Beli
iii. Kad Kredit
iv. Pembiayaan Pendidikan
v. Pembiayaan ASNB
vi. Pembiayaan Peribadi

Menurutnya, bank juga mengambil bahagian dalam dana bantuan khas yang diwujudkan oleh Bank Negara Malaysia untuk Perniagaan Kecil dan Sederhana dengan menyediakan kemudahan pembiayaan seperti berikut:
i. Kemudahan Bantuan Khas
ii. Kemudahan Automasi dan Digital PKS
iii. Kemudahan Agromakanan

Manakala bagi para pelanggan korporat, pihak bank akan memberikan bantuan kewangan sementara kepada pelanggan yang terjejas sebagaimana yang ditetapkan dalam Garis Panduan Risiko Kredit BNM dan permohonan akan tertakluk kepada kelulusan dalaman dan pematuhan piawaian kredit.

Antara bantuan kewangan yang akan diberikan adalah penjadualan dan penstrukturan semula seperti pemberian moratorium pinjaman / pembiayaan serta bagi pembayaran balik pinjaman sehingga 6 bulan, tertakluk kepada terma dan syarat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Syabas, disaat2 susah anda punyai nilai2 kebertanggungjawaban dan CSR kepada rakyat!

    Apa pula tindakan bank2 mega seperti Maybank dan Public Bank?

Comments are closed.