Guru Besar sekolah Rendah di England meninggal dunia akibat positif Covid-19

LONDON – Seorang Guru Besar sekolah rendah meninggal dunia selepas diuji positif pandemik koronavirus 2019 (Covid-19).

Mangsa wanita bernama Wendy Jacobs merupakan Guru Besar Sekolah Rendah Roose di Barrow-in-Furness, Cumbria, England.

Dia didiagnos Covid-19 minggu lalu dan dikejarkan ke Hospital Besar Furness dan diletakkan dalam Unit Pemantauan Rapi (ICU).

Bagaimanapun dia disahkan meninggal dunia.

Pelajar, ibu bapa dan guru di sekolah itu terkejut dengan berita tersebut sebelum menutup sekolah terbabit hari ini.

“Ia satu berita yang sangat mengejutkan dan menyedihkan kita semua dan kita telah membuat keputusan menutup sekolah,” menurut Gabenor sekolah berkenaan, Fred Chatfields  dalam satu kenyataan.

Kematian itu menjadikan jumlah keseluruhan maut akibat Covid-19 mencecah 281 orang di United Kingdom. – MalaysiaGazette