TERKINI : MKN Akan Tentukan PKP Dilanjutkan atau Tamat Sehingga 30 Mac Ini – Muhyiddin Yassin

Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan bersidang bagi menentukan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan ditamatkan atau perlu dilanjutkan lagi.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan tersebut akan dibuat bersandarkan data-data serta pemantauan teliti yang dibuat sepanjang PKP diaktifkan bermula 18 Mac hingga 30 Mac ini.

“Sebelum tempoh tamat (pada 30 Mac) MKN akan bersidang untuk menentukan sama ada langkah yang diambil sepanjang tempoh dua minggu ini memadai atau perlu dilanjutkan kepada seminggu atau dua minggu lagi.

“Kita akan kaji dan muktamadkan nanti,” katanya semasa sidang media selepas mempengerusikan Majlis Tindakan Ekonomi di sini hari ini.