Liga Juara-Juara
Liga Juara-Juara

LONDON – Kesatuan Bola Sepak Europa (UEFA) mengesahkan Liga Europa dan Liga Juara-Juara tidak akan berlangsung penghujung Mei ini.

Keputusan itu berikutan pandemik Covid-19 yang kini telah merebak ke seluruh dunia.

Sebelum ini, final bagi Liga Juara-Juara dijadualkan berlangsung pada 30 Mei ini di Istanbul manakala aksi akhir bagi Liga Europa pada 27 Mei ini di Gdansk.

Turut ditangguhkan adalah aksi akhir Liga Juara-Juara Wanita.

“Berikutan krisis Covid-19 yang melanda di Eropah, UEFA secara rasminya hari ini membuat keputusan untuk menangguhkan perlawanan-perlawanan tersebut yang jadual asalnya pada Mei ini iaitu Liga Juara-Juara Wanita Akhir, Liga Juara-Juara Akhir dan Liga Europa Akhir.

“Keputusan baharu masih belum dibuat dan penilaian akan dibuat oleh kumpulan pengurusan yang ditubuhkan minggu lalu serta pemegang saham bola sepak Europa yang dipengerusi oleh Presiden Uefa, Aleksander Ceferin.

“Kumpulan ini sudah mula menilai tarikh dan pengumuman akan dibuat selepas keputusan dicapai,” katanya. – MalaysiaGazette