Kru restoran McDonald's Malaysia menyerahkan makanan kepada para petugas kesihatan di Hospital Tuanku Ja'afar yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan.

KUALA LUMPUR – McDonald’s Malaysia menaja makanan untuk kira-kira 50 hospital di seluruh negara secara berkala dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ini adalah masa yang mencabar untuk negara, dan kita perlu prihatin dengan petugas barisan hadapan yang mempertaruhkan nyawa untuk kita. Kerana jasa bakti mereka, kita mampu mengawal penularan wabak ini,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.

Penajaan makanan oleh McDonald’s Malaysia di hospital-hospital ini akan memanfaatkan kira-kira 15,000 petugas kesihatan.

Selain hospital, McDonald’s Malaysia juga membuat penghantaran makanan secara berkala kepada petugas barisan hadapan lain seperti anggota polis dan tentera di seluruh negara.

McDonald’s Malaysia telah memulakan kempen mengajak rakyat Malaysia untuk bersatu padu semasa tempoh PKP.
Konsep #KitaBoleh yang dilaksanakan oleh McDonald’s Malaysia di platform media sosial mereka bertujuan mengukuhkan semangat perpaduan dan perjuangan rakyat Malaysia dalam menghadapi saat-saat sukar ini.

#KitaBoleh juga secara langsung mengetengahkan pengorbanan para petugas barisan hadapan yang terus bertungkus-lumus bekerja ketika rakyat Malaysia duduk di rumah sepanjang PKP. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast