Menyidai baju pun ada seni

Marhaba.. Kala Che Pah dengar penjelasan dari Habib Novel Al Aydarus ini, semakin tenang rasa dihati.

Almaklum, dalam keadaan kita berhadapan dengan Covid-19 ini sudah tentu kita perlukan pakar atau orang berilmu yang menunjuk jalan.

Bahkan Al Sultan Brunei dalam perutusan baginda juga meminta pihak Menteri Hal Ehwal Agama Brunei agar menyediakan doa serta zikir mudah yang boleh diamalkan oleh rakyat dalam menghadapi virus yang mengancam nyawa ini.

Che Pah dan seluruh keluarga Ahlul Bait merasa sedikit beruntung kerana zikir bagi menghadapi wabak dan penyakit ini telah diwariskan kepada kami sejak lebih 400 tahun dahulu oleh Habib kami iaitu Habib Abdullah Al Haddad.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Habib Abdullah Al Haddad.

Rahsia ini Che Pah kongsikan di sini untuk manfaat umum. Buka YouTube dan carilah video RATIB AL HADDAD. Ratib ini mudah dan pendek sahaja.

Kami para Ahlul Bait telah didedahkan dengan ratib sejak dari kecil lagi. Ratib ini telah mendarah daging di dalam tubuh kami.

Anda semua amalkanlah. Pagi usai Subuh dan petang selepas mentari melabuhkan tirainya. Insyaallah terkawal diri kita dengan izin Allah dari segala musibah dan wabak.

Malahan pakar motivasi terkenal Dr. Azizan Osman juga telah mula memperkenalkan bacaan ratib ini di dalam setiap kursus beliau sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Terkini Dr. Azizan mengambil inisiatif untuk mengajak murid beliau serta orang awam yang lain sama sama ratib melalui online sebagai usaha beliau memainkan peranan membantu kita semua menghadapi musibah ini.

Ini hari kelapan kita duduk di rumah. Gunakan masa ini untuk kita KHALWAT. Pisahkan hati dan minda dari sesuatu selain ALLAH

Allah sedang panggil kita. Allah sedang membuka peluang untuk kita berada dalam dakapan-NYA yang selama ini mungkin kita gagal untuk merasakannya.

Apakah yang ada lagi untuk kita sebagai hamba. Kita tak punya Kuasa. Kita juga tiada upaya. Kuasa KUN FAYA KUN di tangan Yang Maha Esa. Mari kita kembali kepada Dia.

Nikmati masa berada dalam dakapan Allah. Dakapan yang sangat nikmat dan memberikan ketenangan sejati. Ketenangan yang kita takkan dapatkan di mana mana.

Buka video yang Che Pah kongsikan ini. Luang kan sedikit masa untuk menambah ilmu. Pastikan setiap hari kita mempercantik diri dengan menambah cukup satu ilmu berguna.

Maka jadi lah hari ini lebih baik dari semalam manakala esok lebih baik dari hari ini.

Salam Sayang dari Che Pah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast