Balai Seni Negara

KUALA LUMPUR – Balai Seni Negara membatalkan penganjuran Kuala Lumpur Biennale 2020 (KUL Biennale 2020) yang dijadualkan berlangsung pada September ini.

Ketua Pengarah Balai Seni Negara, Amerrudin Ahmad berkata, pihaknya dengan rasa berat hati membatalkan penganjuran KUL Biennale 2020 ketika negara sedang giat mengekang penularan wabak Covid-19.

“Demi kemashalatan dan kesejahteraan kesihatan langkah ini terpaksa diambil.

“Ini adalah selaras dengan pembatalan Kempen Melawat Malaysia (VM2020) oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya berikutan dengan impak penularan wabak Covid-19.

Balai Seni Negara juga mengambil kesempatan sama untuk menyeru peserta KUL Biennale 2020, penggiat industri seni visual dan rakan kerjasama KUL Biennale 2020 agar memberikan fokus dalam usaha negara menangani wabak berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast