ISTANBUL – Jurulatih Galatasaray, Fatih Terim disahkan positif wabak Covid-19, lapor DailyMail.

Jurulatih berusia 66 tahun itu mengesahkan beliau positif virus itu kelmarin.

Terim sebelum ini pernah mengendali beberapa kelab terkemuka di Eropah seperti AC Milan dan Fiorentina.

“Namun jangan risau, saya berada dalam keadaan yang baik di hospital,” katanya.

Sementara itu, akaun Twitter rasmi kelab Galatasaray memberikan kata-kata semangat kepada Terim.

“Tiada yang mustahil jika kita semua berganding bahu antara satu sama lain! Kami sentiasa bersama anda,” tulis kelab itu. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.