KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Parti Amanah Negara bimbang golongan miskin akan menghadapi ancaman kebuluran jika bantuan ekonomi semasa Covid-19 tidak ditangani secara tuntas.
Datuk Salahuddin Ayub mahu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tidak memandang ringan perkara berkenaan.
“Adakah kerajaan mempunyai pangkalan data yang lengkap dengan senarai mereka yang benar-benar fakir dan miskin serta mereka yang mengharapkan gaji harian dan tidak mempunyai simpanan? ” soalnya dalam kenyataan di media sosialnya hari ini.
Ahli Parlimen Pulai dan Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram itu memberitahu, persoalan utama ialah faktor bekalan logistik untuk mengatasi keperluan makanan kepada golongan miskin sepanjang PKP.
Golongan yang dimaksudkannya ialah petani, nelayan, penternak serta peniaga kecil.
“Saya berharap perkara ini diteliti oleh perdana menteri dan saya juga mengharapkan satu pelan operasi khas yang jelas bagi membantu golangan yang paling berisiko ini,” katanya.- MalaysiaGazette
Terima kasih. Ingat TSMY banggang ka sampai lupa rakyat jelata. Duduk diam diam dahle. Janganlah sibuk cari mileage. Dulu hang Kerajaan, hang ingat sangat ka kami yg susah nie… Pegeedahhh
TSMY tak lah berakhlak macam PM dulu tu…PM dulu tak minat nak membantu rakyat, katanya rakyat malas,sebab itulah miskin. Cuma nak di ingatkan…
Jangan fikit kita orang yg baik, sebab ada orang yg lebih baik dari kita. Jangan fikir kita pandai,sebab orang lain lebih pandai dari kita.
Islam menyokong sesama Islam, sebab umat Islam itu bersaudara.
Kembali lah kejalan Allah yang lurus.
Kamu pun jgn pandang ringan wabak penyakit ni. Aku tak nampak pun kau sama2 minta rakyt duduk umah.. tak pun kau minta lah ahli2 tudung saji kau tu duduk umah.. Sepanjang kau jd menteri kau ada ke wat apa2 pelan..