Dua penerbangan kargo membawa sumbangan kelengkapan perubatan daripada Yayasan Jack Ma dan Yayasan Alibaba bagi membantu negara dalam memerangi penularan COVID-19, tiba di Malaysia, semalam.

KUALA LUMPUR – Dua penerbangan kargo membawa sumbangan kelengkapan perubatan daripada Yayasan Jack Ma dan Yayasan Alibaba bagi membantu negara dalam memerangi penularan COVID-19, tiba di Malaysia, semalam.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata pesawat Malaysia Airlines tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan membawa penutup mulut dan hidung, kit ujian, kelengkapan perlindungan diri untuk badan dan muka.

“Bekalan tersebut juga akan diedarkan kepada tiga negara Asia Tenggara lain bagi memerangi virus itu,” menurut akaun Twitter rasmi MAHB, @MY_Airports, hari ini.

Sejak tercetus wabak COVID-19, MAHB berkata KLIA memainkan peranan penting dalam penyampaian dan pengedaran barang e-dagang dan bekalan perubatan kepada pelbagai negara di rantau ini.

“Pengedaran ke negara lain mempergunakan keupayaan logistik merentas sempadan dalam hab Perdagangan Dunia Elektronik (eWTP) yang pertama di dunia,” menurut pengendali KLIA itu.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.