Aminuddin Harun

KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Sembilan hari ini mengumumkan inisiatif berjumlah 13.74 juta bagi menangani pandemik Covid-19.

Menteri Besar,Datuk Seri Aminuddin Harun berkata ia merupakan bantuan khas tambahan daripada inisiatif yang diumumkan pada 18 Mac lalu bertujuan meringankan beban kewangan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan.

Katanya, dalam inisiatif tambahan hari ini sebanyak RM3 juta diperuntukkan kepada peniaga kcil atau penjaja yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan kadar RM300 setiap orang.

“RM1 juta juga akan diagihkan kepada pemandu teksi dan kereta sewa di negeri ini dengan kadar RM300 seorang tetapi mereka perlulah telah berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat.

“Manakala tambahan peruntukan sebanyak RM5 juta ke akaun Amanah Permasalahan Rakyat tertekluk kepada keperluan sebenar bagi bantuan keperluan asas kepada golongan berpendapatan rendah dan pekerja harian yang pendapatannya terjejas akibat Covid-19.

“Justeru bantuan RM500,000 disedaiakan kepada pesakit Covid-19 Negeri Sembilan dan ahli keluarganya sebanyak RM500 sekeluarga,” katanya dalam kenyataan media selepas bermesyuarat hari ini di Seremban.

Tambah beliau, inisiatif berkenaan juga menyediakan RM1 juta sebagai bantuan keperluan kepada petugas barisan hadapan Covid-19 di negeri tersebut.

Dalam pada itu, Aminuddin juga mengumumkan pengecualian Sewa PPR, RM1.24 juta bagi bulan Mac dan April dengan anggaran RM124 sebulan.

“Kita juga menyediakan pengecualian sewa gerai untuk Mac dan April di semua PBT.

“Selain itu RM2 juta juga diperuntukkan untuk keperluan-keperluan lain (kontigensi) semasa penularan Covid-19.

“Kesemua inisiatif yang diumumkan ini akan dinilai dan disemak dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan situasi Covid-19,” tegasnya.-MalaysiaGazette