Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal. foto FAREEZ FADZIL, 22 MAC 2020

KUALA LUMPUR –  Polis menahan wanita warga Indonesia bagi membantu siasatan kehilangan wang tunai RM250,000 dari kediaman Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Kampung Tunku, Petaling Jaya.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asiseten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan penahanan itu.

Katanya, polis menerima laporan Syed Saddiq mengenai kehilangan wang itu yang difahamkan berlaku pada 29 Mac lalu sekitar 7 malam.

“Banyak sangat panggilan diterima berhubung kes Syed Saddiq. Saya sahkan polis terima laporan kejadian itu.

“Beri ruang kepada kami (polis) menyiasat kejadian ini.

“Saya sahkan bahawa ada laporan polis telah dibuat. Siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 308 Kanun Keseksaan.

“Saya telah berada di tempat kejadian bersama pasukan penyiasat dan forensik malam emalam.,” katanya.

Sebelum itu, media melaporkan wang yang disimpan di dalam peti besi di bilik bekas Menteri Belia dan Sukan itu milk Parti Pribumi Bersatu Malaysia, bagaimanapun Syed Saddiq menafikannya. – MalaysiaGazette