Tinjauan MalaysiaGazette ketika menyertai serbuan bersama 18 pegawai dan penguat kuasa Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mendapati masih ramai lagi orang ‘berkeliaran’ tanpa mendengar arahan duduk di rumah masing-masing.
Antara lokasi serbuan serta pemeriksaan oleh JTK itu ialah pusat beli belah Mid Valley dan juga MyTown Cheras kerana mendapat aduan pelbagai pihak masih ada premis-premis tidak sepatutnya beroperasi tanpa mempedulikan PKP.