Ahmad Muzakkir Hamid (kiri).

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa tempatan diminta menyediakan satu kawasan khas yang mana para peniaga dibenarkan beroperasi secara atas talian sepanjang bulan Ramadan ini.

Pendekatan itu setidak-tidaknya membolehkan para peniaga kecil menjana pendapatan bulanan, kata Ahmad Muzakkir Hamid, Pengerusi Hal Ehwal Usahawan, Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara Malaysia (PAUiTM).

“Kita menyambut baik pembatalan bazar Ramadan yang diumumkan oleh kerajaan Selangor dan Kedah, kita yakin akan diikuti oleh semua negeri nanti demi keselamatan rakyat dari gajala penyakit Covid-19 ini.

“Tetapi pada masa sama, kita cadangankan untuk peniaga bazar Ramadan menjana pendapatan dengan kerajaan negeri menyediakan satu tempat khas untuk mereka yang mana pesanan boleh dilakukan atas talian sahaja,” kata beliau.

Artikel berkaitan: Mungkin tiada bazar Ramadan di Kelantan tahun ini – MB

Covid-19: Cara jualan di bazar Ramadan perlu diubah – Annuar

Pentingnya tempat khas ini bagi menjamin kualiti peniaga termasuk dari segi kebersihan seperti memastikan setiap peniaga mengambil suntikan typhoid bagi menjamin makanan dan minuman yang disediakan selamat untuk dimakan.

”Kita bimbang jika peniaga bazar Ramadan ini jika dibenarkan menyediakan masakan di rumah serta dibenarkan pesanan dilakukan di atas talian, tahap kebersihan tidak dapat dipantau oleh pihak berkuasa,” ujarnya. – MalaysiaGazette