KUALA LUMPUR – Kerajaan telah membatalkan kebenaran operasi sebuah kilang arak yang sebelum ini mendapat kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

”Sudah dibatalkan pagi ini…kerana tak selari dengan dasar yang ditetapkan kerajaan,” katanya menerusi akaun Twitter.

Semalam, tular sepucuk surat bertarikh 31 Mac 2020 yang didakwa dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) apabila memberi kebenaran kepada syarikat arak Heineken Malaysia Berhad untuk beroperasi semasa PKP.

Di dalam surat tersebut dinyatakan bahawa Heineken pada 24 Mac lalu telah memohon kebenaran untuk beroperasi dan kilang itu dibenarkan berbuat demikian bagi memastikan bekalan mencukupi sepanjang PKP.

Keputusan kementerian itu sebelum ini telah mendapat kecaman daripada pelbagai pihak.

Ramai mempersoalkan keputusan kementerian berkenaan memandangkan arak bukan keperluan keutamaan yang perlu diberikan pelepasan semasa penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Lantaran itu, banyak pihak mahu kerajaan meneliti semula dan membatalkannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast