Affendi Buang

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan anggotanya terpaksa memakai topi keledar bagi mengelak air kencing dan najis warga asing yang menghuni bangunan Selangor Mansion.

Panglima ATM, Jen Tan Sri Affendi Buang berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan arahan untuk anggotanya berbuat demikian.

“Tidak ada perkara sedemikian (anggota tentera memakai helmet elak air kencing warga asing ketika bertugas di bangunan Selangor Mansion).

“Pihak ATM hanya memakai helmet untuk tempat yang diisytiharkan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) manakala di tempat lain adalah seperti biasa,” katanya kepada Bernama hari ini.

Hari ini tular di media sosial mendakwa anggota ATM yang berkawal di bangunan Selangor Mansion yang dikenakan PKPD memakai topi keledar untuk mengelak air kencing warga asing dari tingkat atas bangunan itu. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.