Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang bapa memarahi guru sekolah anaknya kerana memberi terlalu banyak kerja sekolah untuk disiapkan di rumah sepanjang cuti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Lelaki terbabit, memperkenalkan dirinya sebagai bapa kepada pelajar bernama Danny mempersoalkan tindakan guru membebankan masa cuti anak beliau dengan kerja sekolah.

Rakaman audio:

Sambil menyifatkan tindakan guru itu sebagai melampau, bapa terbabit menegaskan, telah melarang anaknya daripada menghabiskan masa cuti dengan menyiapkan kerja sekolah yang bertimbun timbun.

“Assalamualaikum cikgu, saya ayah Danny… Cikgu ni, berapa banyak cikgu nak kasi (beri) kerja sekolah? Melampau-lampau cikgu ni kasi kerja sekolah. Yang cikgu kasi yang lepas (sebelum ini) tak habis (belum siap) lagi, cikgu hantar hantar (beri) lagi.. Saya dah tak kasi anak saya buat kerja sekolah lagi. Tapi, kalau saya tahu anak saya naik (pergi) sekolah (bila sekolah buka nanti), kalau cikgu marah dan apa-apakan dia, cikgu jaga (siap cikgu). Saya tak kira kali ini. Melampau lampau la cikgu kasi kerja sekolah. Ingat anak saya tu robot ke apa.

“Lagi satu, cikgu pesan dengan (kepada) cikgu-cikgu lain, jangan hantar hantar kerja sekolah (kepada anaknya)… berapa banyak cikgu nak hantar. Mentang mentang ada cuti, kerajaan bagi cuti, cikgu hantar melambak lambak kerja sekolah, cikgu ingat anak saya ni apa? Tak perlu nak duduk diam? Ada je (saja) kerja sekolah, tapi saya pesan dengan cikgu la, dan cikgu pesan dengan cikgu-cikgu lain, saya dah tak nak suruh anak saya buat kerja sekolah lagi, tapi naik (buka) sekolah (nanti), kalau cikgu marah marah anak saya, cikgu siap.. saya akan ngasam ke sekolah..,”.

Demikian amaran lelaki terbabit kepada guru sekolah anaknya, dipercayai sebuah sekolah di Kuala Lumpur.

Lelaki itu menghantar amarannya kepada guru sekolah berkenaan melalui pesanan suara aplikasi Whatsapp beberapa hari lalu.

Amaran itu turut viral di media sosial, yang mana netizen mengecam dan menyifatkan lelaki terbabit sebagai bapa tidak bertanggungjawab dan tidak mementingkan pendidikan anak.

Semua sekolah di negara ini ditutup sejak cuti penggal pertama bermula 14 Mac lalu, sebelum disambung sehingga 28 April ini berikutan penularan wabak Covid-19 dan pelaksanaan PKP.

Berikutan itu, disebabkan tidak mahu pelajar tertinggal dalam pembelajarannya, guru mengambil inisiatif menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran secara atas talian.

Kaedah itu, yang juga sesuai dengan saranan kerajaan supaya duduk di rumah, membolehkan pelajar mengisi masa cuti dengan menyiapkan kerja sekolah di rumah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

8 Komen

  1. Cikgu..nak saya sekolahkan bapak Danny nie? Saya sgt berbesar hati kalau cikgu2 sekolah terbabit benarkan.

  2. Bukan semua mak bapa pandai hendak ajar anak mereka kerja sekolah, bila anak tidak faham soalan hendak tanya kepada siapa, mak bapa hendak mengajar pun tidak reti tambahan pula soalan KBAT, maka akhir anak dan ibubapa dah berputus asa, lagi mudah Cikgu-cikgu sekolah menyedia video pengajaran untuk murid memahami sesuatu subjek. Atau kementerian menyediakan soalan untuk dijawab secara online seperti orang yang hendak ambil lesen L.

  3. Saya pun x faham sgt apa yg anak sy belajar d sk..tp sy ambil inisiatif tgk buku teks atau google cara nak faham kerja murid..blh jg bertanya kpda guru kelas yg memberi soalan tersebut…sbnrnya skrg ni semua benda ada d hujung cari, tingal mo tgk rajin atau tidak sahaja…apapun fikir2 kan la…

  4. Nk nasihatkan sikit si bapa bangang ni..! Cikgu hnya menjalankan tgjawab atas arahan KPM. Klu anak kamu x mau buat kerja sekolah, x pyh bising2 lah. Anak kamu juga yg rugi.KPM mau mengisi masa lapang anak2 kita dgn aktiviti yg berfaedah terutama pada masa PKP ni. Sbb tu mereka arahkan guru2 bg kerja rumah dan tuisyen secara online kpd murid2. Yang kau ni nk tunjuk kurang ajar sgt padai apa? Samseng sgt dah ke? Atau otak kau pun dh kena PKP?( Perintah kawalan pemikiran). Kau tu dah lah bodoh sombong…jgn heretkan anak kau sekali jd mcm kau.

  5. Cikgu faham jg masalah ibubapa yg mgkn tdk byk dpt mbantu anak. Blhpun si bapak kontek cikgu melalui voicemail..kan lg baik anak yg kontek cikgu klu perlu pjelasan lanjut. Dlm keadaan skrg tiada ideal situation. Gurupun pertama kali mlalui keadaan ini jd biasalah trial n error. Anak buatlh yg terdaya. Tugasan yg diberi utk lbhkrg 40 murid berbagai kebolehan. Sukar utk yg lain tp mgkn mudah bg separuh lg. Digalakkn peer learning. Bykkn bsabar dan toleransi demi kemenjadian anak2

  6. Cikgu..biarkan je. Kalau anak dia Kurang pandai jangan nak serang2 sekolah. Siapa tak nak buat takpe sbb bapak danny ni dia dh siapkan 50billion dollar utk anak dia hidup so tak yang belajar. Tak yah sekolah. Tidur je. #anakkusazali

  7. Jan dah diajar kita beradap,Jagan jadi orang kurang adap,yg pandai anak anda juga, cikgu cuma menyampaikan ibubapa menetapkan,jgn bongkak lah bapak Danny

Comments are closed.