Sharnaaz Ahmad

KUALA LUMPUR – Pelakon, Sharnaaz Ahmad berkongsi pandangan peribadinta terhadap sektor tambahan yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Aktor berusia 34 tahun itu mengulas perkhidmatan kedai gunting rambut yang kini menjadi perdebatan netizen di media sosial.

Menerusi Instagram miliknya, bao kepada Jebat Jayden menasihati pengikutnya agar tidak berpusu ke kedai tersebut semata-mata untuk memotong rambut mereka.

Sebaliknya, mereka perlu menitikberatkan soal kesihatan terlebih dahulu.

“Aku nak pesan, aku tau kerajaan bagi pi kedai gunting rambut. Hampa bawa sabar sat. Gunting rambut ni benda paling last pun tak apa. Bukannya nak pergi show ke… Hampa gunting la rambut sendiri, kalau tak mau pun tak apa.

“Tak rosak apa pun. Kedai hardware tu tak apa la juga penting. Gunting rambut ni hampa dekat dengan dia. Dia pun dekat dengan hampa,” katanya.

Sharnaaz berkata, pesanan yang disampaikan itu demi kebaikan bersama bagi menghentikan rangkaian penularan wabak berjangkit itu.

Jelas beliau, risiko untuk menular penyakit itu dalam keluarga pelanggan kedai juga tinggi gara-gara tiada penjarakan sosial di premis gunting rambut.

“Sekarang puasa pun kena puasa dalam kuarantin. Takkan raya nak dalam kuarantin juga kut. Jadi apa aku nak cakap kat hampa ni, untuk kebaikan bersama.

“Tak sah gatallah gunting rambut. Anak bini kat rumah dok kena. Cuba fikir.

“Duduk rumah diam-diamlah. Biar pi la rambut, bulu ketiak panjang boleh, takkan rambut tak boleh boskurr,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.