Saifuddin Nasution Ismail

KUALA LUMPUR – Perbezaan pendapat dua menteri berhubung perkhidmatan berkaitan guaman sama ada ia dibenarkan beroperasi atau tidak semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadi sindiran pihak pembangkang.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail secara sinis dengan mengaitkan kedua-duanya mungkin sudah berbincang dalam grup WhatsApp sebelum mengeluarkan kenyataan.

“Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) kata perkhidmatan berkaitan guaman boleh dibuka. Menteri Undang-Undang (Datuk Takiyuddin Hassan) kata tak boleh.

“Yang mana satu ini? Mungkin bincang dalam group WhatsApp dulu sebelum keluar kenyataan media,” sindirnya dalam ciapan Twitternya hari ini.

Saifuddin juga memuatnaik kenyataan daripada Majlis Peguam semalam yang menyatakan kekeliruan dengan arahan Mohamed Azmin kerana pihaknya mendapati ia masih belum dibenarkan oleh Takiyuddin.- MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Artikel yg bagus, cuma nak share susah. Buat yg Ada senang share di
    Atas dekat tiga titik, the 3 dots.

  2. Ambik la hampa! Hero bunga Azmin Ali dari MITI nak berlagak kepala besar bahalol dia! Bagi tukang gunting rambut beroperasi, dah tau silap tak mau mengaku. Yang ni pulak bertelagah dengan Menteri Undang2 yang tak dak kena mengena dengan MITI. Keputusan tu ditangan Menteri Undang2,dia cakap tak boleh dan dipersetujui oleh gabungan peguam2 sendiri pun tak mau. Keadaan jadi macam MITI paksa , sama seperti gunting rambut. Ahli2 tu sendiri yang tak setuju tapi Azmin sengap saja. Itu menunjukkan bahawa dia bukan politikus matang. Budak mentah!

  3. Pudin al-bataki, sila keluarkan surat pemecatan kedua-duanya dari PKR….ops sorry…mereka dah takde touching menacing dengan PKR/PH lagi.

  4. Azmin bekas menteri ph ,masa dlm kerajaan ph tempoh hari pun kenyataan selalu bercanggah dengan menteri yg sepatutnya ,bekas ph mcm tu lah

Comments are closed.