Foto hiasan

PUTRAJAYA – Seorang anggota polis cedera dipercayai dipukul seorang warga Indonesia ketika sedang membuat sekatan jalan raya bagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Presint 14, hari ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata kejadian berlaku ketika anggota polis berkenaan memanggil suspek yang berjalan kaki melalui sekatan jalan raya.

“Semasa suspek mendekati pegawai polis itu, secara tiba-tiba suspek terus menyerang dengan menumbuk sebanyak dua ke tiga kali dan terkena bahagian kening mata sebelah kiri anggota,” katanya kepada media di sini hari ini.

Katanya, anggota polis terpaksa menggunakan kekerasan minimum ketika hendak menangkap suspek kerana suspek melawan sehingga berlaku pergelutan.

“Suspek telah mengalami sedikit kecederaan iaitu calar pada bahagian muka dan pemeriksaan ke atas suspek didapati gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri yang sah,” katanya.

Rosly berkata siasatan awal juga mendapati suspek keluar rumahnya hanya untuk berjalan-jalan dan tidak dapat menyatakan lokasi ditujunya.

Suspek ditahan kerana telah mendatangkan kecederaan kepada anggota, menghalang penjawat awam menjalankan tugas, melanggar Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 dan untuk siasatan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen, katanya.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

17 Komen

  1. Lps siasat, hantar terus balik indonesia dan blaklist nama utk masuk malaysia.. Ada ramai lagi yg bersembunyi.. Masa covid 19 ,memang terbaik bagi pihak immigresen mengesan mereka

  2. Tak percaya bila tiba2 datang langsung tumbuk,,,, logika lah pakai,,, ingat polis dengan warga indonesia baik semua kah,,, uang dulu bincang kemudian

  3. Kurang ajar betul.mat indon ni. Kamu ingat ini MALAYSIA. Jgn tunjuk samseng. Kpd anggota polis dan frontliner, teruskan khidmatbakti anda.Kami rakyat Malaysia sentiasa berdiri teguh brrsama anda demi negara tercinta.

  4. Walaupun sya juga orang Indonesia
    Tapi saya sedar saya menumpang mencari nafkah kelurga di Malaysia.
    Sye jga ucapkan ribuan ma,af kepada semua anggota yang terlibat
    ..
    Jngan bagi muka lagi dengan orang yang seperti ini

  5. sepatutnya pihak polis perlu lebih berhati2 kerana dh byk kes sejak pkp dilaksanakan..sepatutnya perkara ni x patut berlaku.apa guna buat sekatan yg mana tentera pun ada disitu.kekerasan perlu dlm keadaan skrg ni jgn sampai jadi mcm ni lg.rasa sakit hati sgt bila kita terpaksa berkurung sedangkan diluar ada yg berani seolah2 kebal undang2

  6. TSMY bukan pengkhianat, bukan pembelot. DAP sudah melangkaui batas, ketidaktelusan, ketidakseimbangan dalam penentuan dasar. TMM agak berlembut, mungkin atas sbb faktor usia. Namun usia bukanlah bermakna kita semua terpaksa tunduk dlm keserakahan DAP. Sebenarnya, selama ini bukan soal masalah kaum atau bangsa, tapi masalah itu adalah dari ahli politik itu sendiri. Saya yakin, TSMY mampu untuk membina Malaysia dengan lebih baik. Jasa baik TM tetap dikenang, sebaiknya serahkan saja segala urusan PM kepada TSMY tanpa sebarang bentuk tekanan. BERSATU lah, dibawah sebuah laungan NASIONAL, because we are Malaysian.

  7. Kmu Rkyt malaysia tidak berani memukul pihak,polis semasa jalankan tugas,apa tah lagi masa pkp skrg.htr pesalah ke sg.buluh,ajar hingga pandai ikut undang2.

  8. Saya warga indonesi..mohon kepada PDRM agar sapek dilepaskan..atas dasar prikemanusiaan..tolong lepaskan ke kolam buaya kat zoo negara..terima kasih.

  9. Yahhh kita semua tak tau fakta yg sebenarnya terjadi, tp yag saya tau orang Indonesia di Malaysia takan mungkin berbuat seperti itu tanpa ada sebab nya? Ada asap pasti ada api, tp kembali lagi orang Indonesia hanya orang kecil di tuduh seperti apapun tkkan ada pembelaan di sana

  10. Agaknya bahasa yg digunakan polis tu kasar kot waktu memanggil simat indon tu…Cthnya gini… a. Hoiii…Cibai…Kau mari sini kejap…
    b. Hoi nate…Mu mari sini smeta…
    c. Nate beruk ni duk wak begapo time gini…mu mari smeta…
    d Baso nate ni tak reti baso ni… time gini mu duk berjale-jale dih…
    Rasanya laaa…Hahahahahaha

  11. Dari mana tau itu rakyat Indonesia?di artikel gaada keterangan itu warga Indonesia,jangan asal tuduh.memang malay munafik,sok suci tapi suka menjelekkan negara orang,najis.

Comments are closed.