KUALA LUMPUR – Affin Hwang Asset Management Berhad (Affin Hwang AM) mengumumkan pengagihan sejumlah RM94.88 juta untuk 18 dananya pada Mac 2020.
Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengagihan Affin Hwang Am, Chan Ai Mei berkata, entiti itu yakin portfolio unit amanah itu berada pada kedudukan yang baik untuk menghadapi keadaan turun naik.
”Kami melihat nilai muncul memandangkan pasaran telah diperbetulkan dengan agak adil dengan penanda aras ekuiti turun lebih dari 20% setakat ini.
”Dengan pasaran dijangka kekal tidak menentu, kami menasihatkan para pelabur supaya tetap berdisiplin dalam tempoh ini dan berpegang kepada pelan peruntukan aset mereka. Adalah disarankan agar pelabur rata-rata masuk dan melaburkan pelaburan mereka ke tahap yang berbeza untuk memudahkan mereka memasuki pasaran,” katanya.
Berikut ada jumlah agihan dana-dana tersebut: