Sebanyak RM8 juta bantuan kewangan diperlukan oleh 14 Zoo di seluruh negara dan 20 Pusat Pameran Tetap Hidupan Liar untuk terus mengekalkan operasi sehingga Disember ini.
Kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah, kesemua jumlah itu diperlukan bagi kegunaan kebajikan haiwan termasuklah bekalan makanan dan perubatan selain membayar gaji 1,058 pekerja yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).