Kakitangan Hin Construction Sdn Bhd menggunakan bahan bukan toksik dalam proses disinfeksi nyah kuman di Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Wangsa Maju, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 15 APRIL 2020

KUALA LUMPUR- Maklum terhadap risiko yang dihadapi oleh Jabatan Parol yang sentiasa berdepan dengan orang awam dan orang diparol, Hin Construction Sdn. Bhd. memberikan perkhidmatan sanitasi menyeluruh kepada Pejabat Parol Wangsa Maju secara percuma.

Menurut Pengurus Pemasarannya, Mok Hua Jye, sumbangan tersebut adalah penghargaan kepada Jabatan Parol kerana telah menjalinkan kerjasama dengan syarikat tersebut sejak lebih 10 tahun lalu.

bercakap kepada Malaysia Gazette selepas melakukan proses disinfeksi nyahkuman susulan penularan wabak Covid-19 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 3 di Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Wangsa Maju, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 15 APRIL 2020
Pengurus Pemasaran HIN Construction Sdn Bhd, Mok Hua Jye

Tambahan pula, Jabatan Parol katanya, sentiasa berdepan dengan orang ramai terutamanya orang diparol untuk urusan seharian.

“Hari ini kami mengadakan sanitasi Pejabat Parol Wangsa Maju.

“Kami mahu memberi sumbangan setakat apa yang kami mampu,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.

Tambah Hua Jye, produk sanitasi yang digunakan oleh syarikat tersebut adalah bebas toksik dan sesuai untuk digunakan di semua jenis premis termasuk sekolah dan tadika.

Pekerja-pekerja Hin Construction Sdn Bhd melakukan proses disinfeksi nyah kuman di Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Wangsa Maju, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 15 APRIL 2020

Katanya, bahan yang diimport dari Singapura itu juga tidak berbau busuk serta tidak meninggalkan kesan minyak seperti produk sanitasi lain.

“Kami menggunakan teknik wap untuk memanaskan bahan nyah cemar ini supaya ia boleh mencapai tahap keberkesanan paling tinggi.

“Seperti biasa apabila sampai di premis pelanggan, kami akan memberikan taklimat terlebih dahulu kepada para pekerja sebelum memastikan mereka membersihkan diri dan memakai peralatan perlindungan diri (PPE) terlebih dahulu.

“Kami juga akan membuat pemeriksaan menyeluruh terhadap premis berkenaan supaya dapat membuat penilaian kawasan mana yang perlu diberi lebih tumpuan,” katanya lagi.

Tambah Hua Jye, bayaran yang dikenakan kepada pelanggan adalah berdasarkan keluasan premis masing-masing, namun ianya masih munasabah.

“Harga kami masih munasabah kerana apa yang penting, kami mahu lebih ramai yang boleh melakukan proses nyah cemar di premis masing-masing terutama ketika wabak ini,” ujarnya.- MalaysiaGazette