Mike Ashley melepaskan pemilikan Newcastle selepas 13 tahun kepada konsortium Arab dimiliki Putera Salman dan pembiaya berpengkalan di Dubai, Amanda Staveley

LONDON – Pengambilalihan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Newcastle United memasuki satu lagi fasa terakhir sebelum dimukatamadkan sepenuhnya.

Dokumen baharu menunjukkan pemiliknya Mike Ashley akan memeterai perjanjian pembayaran bersama pembeli berpotensi kumpulan yang dibarisi Amanda Staveley.

Kertas kerja setakat ini menunjukkan pengambilalihan dan penjualan kelab itu sudah dimuktamadkan.

Para pembiayanya yang berpangkalan di Dubai, Staveley mendahului senarai bidaan dalam pengambilalihan kelab dengan kerjasama Konsortium Arab Saudi yang melibatkan Putera Mahkota Mohammed Salman dan Reuben Brothers.

Difahamkan bahawa pengambilalihan Newcastle membabitkan nilai berjumlah £300 juta pound.

Pembiaya yang berpengkalan di Dubai, Amanda Staveley bersama Konsortium Arab memuktamadkan pengambilalihan kelab Newcastle United dari Mike Ashley.Kredit:Empict Sport

Dokumen perjanjian setebal 31 muka surat itu dikemukakan kepada firma guaman House Lays yang bertanggungjawab menguruskan rundingan tersebut.

Dokumen itu termasuklah, tuntutan £150 juta berkaitan firma Staveley, Rakan Kongsi PCP Capital Partners, dan Barclays Bank PLC.

EPL, juga dimaklumkan mengenai proses pengambilalihan itu.

Newcastle dan Staveley tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara ini.

Pada Oktober 2017, Ashley mengumumkan beliau mahu menjual kelab itu selepas 10 tahun menguruskannya.

Pada awalnya tawaran pengambilalihan itu dikatakan bernilai £340 juta.

Bagaimanapun, perkembangan terbaharu di Newcastle menunjukkan majoriti penyokong kelab itu mahu melihat Ashley melepaskan hak dan pemilikan ke atas kelab itu yang diambil alih sejak 2007.-MalaysiaGazette