TERKINI : Ubat ‘Remdesivir’ Sudah Didaftarkan dan Akan Dipantau – Dr Noor Hisham

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan bahawa ubat Remdesivir telah didaftarkan dan diluluskan penggunaannya sebagai ubat antiviral baharu bagi merawat pesakit Covid-19.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, penggunaan ubat berkenaan masih di peringkat kajian dan sebarang laporan mengenai penggunaannya masih terlalu awal untuk diketahui.

“Remdesivir baru sahaja didaftarkan dan kita masih memantau penggunaan,” katanya dalam sidang media di KKM.