Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Noor Azmi Ghazali (tengah) memegang plakad "Please Stay At Home" ketika melawat HTJ baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali hari ini memohon maaf dan mengaku kekhilafannya berhubung kehadiran di sebuah maahad tahfiz di Lenggong, Perak yang dianggap melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.

“Berhubung kenyataan pihak polis akan memanggil dan mengambil keterangan berhubung insiden berkenaan, saya ingin memaklumkan bahawa saya sudah memberika keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya petang ini dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan siasatan.

“Saya sudah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak PDRM dalam siasatan insiden berkenaan. Saya juga menghargai komitmen pihak polis dalam menjalankan
tanggungjawab mereka menguatkuasakan undang-undang tanpa mengira latar belakang individu, jawatan dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Noor Azmi, kejadian pada 17 April lalu melibatkan lawatan rasminya ke Klinik Kesihatan Lenggong untuk meninjau situasi semasa petugas kesihatan di sana yang menjalankan tanggungjawab menangani wabak Covid-19.

“Saya mengakui kekhilafan yang telah dilakukan dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya menghargai pengorbanan besar yang dilakukan oleh barisan hadapan seperti PDRM, Angkatan Tentera Malaysia, warga petugas Kementerian Kesihatan Malaysia dan agensi-agensi kerajaan lain yang terlibat menangani wabak Covid-19 ini,” ujarnya.

Beliau juga mendoakan seluruh rakyat Malaysia terus diberikan kesabaran dan tenang berdepan segala kesusahan yang dihadapi dalam tempoh PKP berjalan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Terima kasih kerana meminta maaf, walau bagaimanapun silalah lapor diri dekat penjara berdekatan. Sorry no cure, you moron!

  2. Ko apa sal..ko ni puak2 dap pig ..ko hormat lah sikit bro..ko mcn anjing lh…hormat sikit menteri tu..ko dajal lh..puak2 anjing dap mmg mcn sial..ko tu plu msuk neraka bodoh..

Comments are closed.