Lukaku minta maaf kepada Intermilan atas kenyataan Covid selasa lalu.

ROM – Romelu Lukaku meminta maaf kepada Inter Milan selepas mengeluarkan kenyataan tidak berasas kononnya 23 daripada 25 pemain pasukan pertama memiliki simptom Koronavirus 2019 (Covid-19) pada Januari lalu.

Bekas bintang Manchester United itu melontarkan dakwaan itu menerusi perbualan secara langsung dalam Instagram bersama penyampai Televisyen Belgium, Kat Kerkhofs pada Selasa lalu.

Inter terkilan dengan kenyataan Lukaku itu.

Sumber kelab itu bagaimanapun memberitahu BBC Sport bahawa perkara itu kini dianggap sudah selesai selepas pemain Belgium itu memohon maaf.

Lukaku didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa apabila kebanyakan kakitangan kembaliu ke kerja selepas cuti seminggu, dia pasti 23 daripada pemain akan jatuh sakit.

Seperti Liga lain di Eropah, Serie A juga menggantung segala aktiviti bola sepak dan sukan utama ekoran pandemik maut yang mengakibatkan Itali negara kedua tertinggi selepas Sepanyol merekodkan angka korban tertinggi setakat ini.

Lukaku antara penyerang beraksi cemerlang dalam Serie A sejak menyertai Inter dari Manchester United dua musim lalu.

Lukaku antara beberapa pemain yang telah dijual oleh pengurusnya Ole Gunnar Solskjaer atas permintaan pemain itu. – Agensi