Antara mesej tulisan tangan pelarian Rohingya di Malaysia semasa Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 4 DISEMBER 2016.

KUALA LUMPUR – Sentimen anti Rohingya yang wujud dalam diri segelintir masyarakat Malaysia ketika ini akan tenggelam ekoran wujudnya rasa simpati melebihi perasaan benci.

Pandangan itu dilontarkan Pengkaji Bidang Sosiologi dan Kebudayaan di Institut Asia-Eropah, Universiti Malaya, Dr Azlinariah Abdullah yang banyak membuat kajian tentang pelarian Rohingya.

Menurut beliau, kawalan perasaan bercampur emosi tidak akan pernah berubah kerana darjah kefahaman kemanusiaan seseorang itu akan turun naik selari dengan perkembangan semasa.

“Sebagai manusia, saya beranggapan, apa yang baru menimpa Rohingya ini, tidak selari dengan ajaran dan sirah Rasulullah, apa lagi ketika umat Islam baru sahaja dalam minggu pertama menyambut Ramadan di mana umat Islam disaran menjadikan bulan penuh berkat ini sebagai madrasah untuk melonjakkan ketaqwaan dan ibadat kepada Allah,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika dihubungi hari ini.

Dr Azlinariah Abdullah

Azlinariah berkata, pelarian Rohingya berhak untuk mendapatkan perlindungan di Malaysia kerana mereka lari dari penghapusan etnik oleh tentera Myanmar.

Disebabkan itu kata beliau, kerana kepatuhan kepada undang-undang antarabangsa, Malaysia membenarkan mereka tinggal di Malaysia sehingga keadaan selamat sebelum mereka pulang ke negara asal.

“Jadi, apa isunya? Kalau itu faktanya, mereka yang marah-marah sehingga ada petisyen “katakan tidak kepada Rohingya”, sudah kenapa?” soalnya.

Dalam hal tersebut Azlinariah berkata, beliau mahu senada dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang mengakui cara menangani isu etnik tertindas itu perlu bijak selain melihatnya lebih kepada situasi yang berlaku di Malaysia.

Artikel berkaitan: Kami mohon maaf, terima kasih rakyat Malaysia – Majlis Ulama Rohingya

Ini kerana, menurut bekas mufti Wilayah Persekutuan itu, ketika ini seluruh dunia menghadapi kesukaran untuk berada dalam keadaan stabil ketika berhadapan dengan Covid-19, katanya.

Katanya lagi, jika etnik Rohingya beragama Buddha, maka tiada sebab mereka perlu dihapuskan atas hujah tidak memberontak di negaranya sendiri iaitu Myanmar.

Maka, Malaysia menjadi destinasi mereka sebab negara ini adalah negara Islam dan pendirian Malaysia serta pendirian Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), selain menjadi asas pembelaan terhadap mereka.

“Mereka lari dan menjadi pelarian untuk selamatkan nyawa dan aqidah. Mereka, dalam bahasa Arab, adalah kaum Muhajirin dan kita adalah kumpulan Ansor.

“Di peringkat ini, kita sebagai Ansor wajar menyantuni mereka sebagai kaum Muhajirin. Inilah sirah paling utama Rasulullah dalam membentuk negara Islam Madinah, sewaktu peristiwa Hijrah,” katanya.

Artikel berkaitan: Presiden Rohingya Malaysia diugut

Isu pelarian Rohingya menjadi hangat sejak seminggu lalu bermula apabila kapal yang dinaiki 200 orang daripada etnik itu dilaporkan dikesan kira-kira 70 batu nautika dari Pulau Langkawi dan dihalang oleh pasukan keselamatan.

Bahang kemarahan oleh beberapa pihak kemudian timbul apabila seorang individu yang mengaku Presiden Pertubuhan Hak Asasi Etnik Rohingya Malaysia (Mehrom) didakwa mengeluarkan kenyataan seperti Melayu bodoh, menuntut hak kerakyatan penuh pelarian Rohingya dan mempertikaikan pihak penguatkuasa Malaysia menolak bot pelarian berkenaan daripada mendarat di negara ini. –
MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

8 Komen

  1. Cerita banyak tak guna..tanyakan pada rakyat Malaysia yang merasa jelik,takut,marah dan benci kepada bangsa rohingya ini mengapa..pengalaman mengajar kami!!!!! Solidariti dan bermacam lagi yang dimainkan kerajaan sebelum-sebelumnya hanyalah mainan dusta semata yang akhirnya rakyat sendiri merana..dimana mereka2 ini yang dulu gah memperjuangkan nasib Rohingya sehingga membuka laluan menerima penyangak2 ini yang akhirnya memusnahkan rakyat Malaysia sendiri…politikus2 barua hanya pandai berkata2 tanpa berbuat apa2..klu apa yg dikatakan Dr.itu benar benar melalui hatinya dan bukan propa tayangan gambar nmpk cantik luar tapi busuk didalam untuk kepentingan peribadi..saya sarankan dia dan kuncu2nya yang mempertahankan bangsat rohingya ambil seberapa banyak yang perlu,bawak tinggal bersama dan ternaklah mereka ini..saya pasti anda akan faham mengapa sentimen kemarahan rakyat benar2 memuncak!

  2. Utk mengusaikan isu Rohingya ni senang jer tapi kerajaan perlu mngeluarkan budget..hantar saja di pulau spt pelararian vietnam dan kemboja..dan lantik ketua d kalangan mereka utk berurusan dgn kerajaan…jgn d8 jadikan bahan atau alat kpd org2 yg berkepentingan apt politik..ngo2 dsb…

  3. Sekadar boleh sembang tetapi tidak berada di lapangan atau berjiran dengan kaum ini. Jika mereka ditindas, mereka perlu bangun melawan bukannya lari. Jika negara Islam atau Malaysia nak membantu maka bantu untuk mereka kekal di negara mereka, bukan bantu bawa mereka ke sini dan menjadi barah kepada masyarakat.

  4. Beliau ni… xduduk ngn orang Rohingya.. bolelah..sembang lebih.. rakyat marah..sebb nak kerakyatan malaysia, ckp melayu bodoh, nak pendidikan yang saksama ngn warganegara… tu ..dah knp… sedarlah.. mnumpang kat Malaysia..

  5. Ni tanya kat minah ni…org Rohingya yang tak reti hormat undang2 negara sama perangai mcm kaum muhajirin zamam Rasuluallah ke? Sama mcm Abu Bakar r.a??? ni cakap tak pakai otak..buat malu UM jer…

  6. Lak minah ni orang menara gading yang bengap tak tau nak fikir. Pedili spa dengan jajian kau tu. Bayang tong sampah aje. Dah banyak kerajaan bantu dia orang. Kau ni buta le tak nampak masa COVID 19 ni elonomi teruk tak. Rakyat malaysia sendirk nak cari kerjs pun susah
    Belanja makan harian pun kena mj tak kerajaan tanggung. Ramsi yang tak ada kerja. Kisah muhajirin ansor atok engkau nak suruh jadi contoh .marilah pindah kau duduk dengan diaorang serumah atau jadi jiran. Nak tengok kau tahan tak dengan perangai kurang ajar. Halau mereka balik perintukan bantuan sekarang hanya untuk rakyat malaysia. Jika kami nal bantu itu untuk bantuan kepada mereks yang berada di negara asal. Rakyat malaysia rak kejamlah macam kerajaan australia yang halau oelahar kita balik kalau tak ada duit untuk sara hidup sebab mereka tak akan tanggung.

  7. Saya nak tanya orang2 yang menfitnah Rohinghya ini. Jika saya kumpulkan orang Rohinghya dengan orang Bangladesh beramai2 di satu tempat , bolekah awak dengan 100% mengecam yang mana satu Rohinghya yang maa satu Bangla. 100%, awak tak akan berjaya. Jadi macam mana awak boleh tuduh Rohinghya tu jahat dan Bangla itu baik?
    Awak tahu tak bukan semua Bangla yang datang kesini tu Muslim? Ada Bangla berugama Hindu awak tahu tak? Tapi atas passport mereka nama dia “Mohd Islam” “Mohd Rasul”lah. Saya biasa menguruskan 900++ Bangla saya tahu apa yang saya cakap.
    Kenapa awak tak buat kecoh bila ahli politik impot masuk orang Buddhist Myanmar yang buka kedai mini marketlah, kedai RM1lah dan yang ditangkap meraikan “Songkran” baru2 ini. Mereka balik ampung depa pi sembelih (bila saya cakap sembelih tu maksud saya memang sembelih macam kita sembelih lembu tu) budak2 dan keluarga Rohinghya. Budak2 umur 9 tahun dirogol oleh satu platoon askar Rohinghya sampai mati, bakar Rohinghya hidup2. Askar Myanmar buat PKPD satu kampung tapi tak bagi apa2 masuk atau kluar, makanan ke, doktor ke sampai kebulur. saya takut satu hari nanti musibah itu akan menimpa orang Melayu bodoh kat Malaysia ni. Umur saya dah lanjut insyallah saya tak tak akan menyaksikan peristiwa itu berlaku keatas cucu cicit kamu.
    Bila Mufti sebut pasal Muhajirin dan Ansar tu pun awak tak hormat peristiwa Hijrah pasal apa awak ngaku awak tu Islam? Jangan jadi macam orang Keristian Eropah masa Perang Dunia 1/2 mereka lari keserata pelusuk dunia sampai ke Iran, Jordan, Syria,Turki dan di terima dan dilayan oleh rakyat Islam tempatan dengan hati terbuka bila perang habis mereka balik kampung Eropah dan kini cucu cicit mereka tidak mahu menerima pelarian Muslim. Kacang melupakan kulit.
    Jika perang berlaku mana awak nak lari ke Thailand? Negara Buddhist? Ke Indonesia? Mungkin tapi mereka juga ada batasan seperti awak. Mereka juga akan cakap “pelarian Malaysia ni” samseng kurang ajar hantar mereka balik! Kita indonesia Acheh pun ada masaalah sendiri”. Baru masa itu awak tahu langit tinggi atau rendah.
    Mengikut anggaran terdapat 3-400 ribu Rohinghya diMalaysia. Tapi orang Bangla berjuta juta yang bertuan dan tak bertuan(angaran kerajaan dan NGO). Betulkah awak boleh dengan 100% mengenal pasti mana satu Bangla mana satu Rohinghya?Tak boleh? Elok awak tutup mulut , ini fitnah didalam bulan Ramadan pula tu.

    Dalam dunia ni semua bangsa ada yang baik ada setengah yang setan. Tak ada kecuali. Kita Melayu pun sama. Ada yang rogol anak, pembunuh, perompak, pencuri, kaki scam lah apa lah!
    Apa bezanya?

Comments are closed.