TERKINI : Lebih 21,000 Jalani Saringan Covid19 di Kawasan PKPD – Dr Noor Hisham

Seramai 21,466 orang telah menjalani ujian Covid-19 di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Setakat ini, sebanyak 638 kes didapati positif wabak berkenaan dengan jumlahnya 2.97 peratus, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 388 kes iaitu 61 peratus adalah bukan warganegara Malaysia dan baki 250 kes iaitu 39 peratus pula adalah warganegara Malaysia.