Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan bersetuju dengan kenyataan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke bahawa mana-mana Ahli Parlimen yang tidak hadir pada persidangan sehari Dewan Rakyat pada 18 Mei depan boleh hilang kerusi.
Menurut Takiyuddin, persidangan yang diadakan adalah bagi sesi penggal ini yang diadakan dalam tempoh enam bulan.
“Itu dari segi perundangan, mana-mana ahli Parlimen yang tidak hadir sidang Parlimen dalam tempoh enam bulan sepenuhnya boleh dibatalkan jawatan sebagai ahli Parlimen. “Tengoklah, kalau sesiapa tidak hadir, itulah kesan dari segi undang-undang,” katanya hari ini.