Para banduan berkumpul di sekitar mayat tahanan yang maut semasa rusuhan di penjara Miguel Castro Castro di Lima. Foto Agensi

LIMA – Sembilan banduan maut dalam rusuhan di penjara Miguel Castro Castro, yang terletak di daerah San Juan de Lurigancho.

Rusuhan itu tercetus selepas para banduan menuntut langkah-langkah kebersihan yang lebih baik dan rawatan perubatan koronavirus, kata pihak berkuasa penjara negara itu.

Tunjuk perasaan oleh tahanan-tahanan di situ bermula pada hari Isnin petang, menurut Institut Penitenti Nasional (INPE).

Tawanan berjaya “naik ke atas bumbung dengan tujuan untuk mengelak ditahan oleh pasukan keselamatan lalu melemparkan batu dan benda tumpul ke arah mereka,” kata INPE dalam satu kenyataan.

Meskipun ada banduan yang berusaha melarikan diri namun tindakan mereka gagal.

Rusuhan itu dikawal dengan bantuan 200 pegawai keselamatan pada hari berikutnya.

Punca kematian sembilan banduan itu belum lagi maklumkan secara terperinci.

Peru meluluskan dikri minggu lalu yang membenarkan Presiden Martin Vizcarra memberikan pengampunan kemanusiaan kepada tahanan untuk mencegah penyebaran koronavirus di penjara yang memilikijumlah tahanan lebih dua ganda berbanding kapasitinya.

INPE telah melaporkan 609 kes koronavirus dalam kalangan banduan dan 113 kes membabitkan kakitangan.

Sebanyak 13 tahanan telah mati akibat virus tersebut.

Peru mempunyai 28.699 kes koronavirus yang disahkan, jumlah kedua tertinggi di Amerika Latin, dengan 782 kematian, menurut Kementerian Kesihatan. – MalaysiaGazette