Penyanyi Aliff Aziz bersama bekas isterinya, Bella Astillah.

KUALA LUMPUR – Tidak mahu masa depan hancur dan ingin bahagia, seorang wanita sanggup menurunkan ego untuk kembali bersama seorang lelaki meskipun beberapa kali telah berpisah.

Itu kata-kata Bella Astillah menerusi Twitter, seolah-olah memberi  penjelasan mengapa beliau kembali kepada Aliff Aziz.

“Setabah mana perempuan? Dia sanggup terima kekurangan lelaki untuk kebahagiaannya. Walaupun dah banyak kali berpisah still turunkan ego kerana dia tak nak masa depannya hancur,” tulisnya.

Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon itu mengesahkan telah rujuk semula dengan Aliff selepas bercerai pada Mei tahun lalu.

Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah berkata, kedua-dua mereka mengambil keputusan untuk kembali bersama dalam waktu edah tahun lalu, justeru pasangan itu tidak perlu bernikah semula.

Malah beliau turut membuat pendedahan sedang hamil anak kedua.

Bella dan Aliff bernikah pada 9 September 2016 dan dikurniakan anak lelaki yang kini berusia tiga tahun.

Hubungan rumah tangga Bella dan Aliff beberapa kali diuji dengan isu kecurangan hingga kemuncaknya berakhir dengan perceraian pada 16 Mei tahun lalu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast