KUALA LUMPUR – Lesen Memandu Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) yang digunakan oleh pemegang kad UNHCR tidak sah digunakan untuk memandu apa jua jenis kenderaan bermotor di negara ini.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu kenyataan memaklumkan, langkah itu adalah selaras dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Selain itu,berdasarkan kepada petikan kenyataan media Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertarikh 30 April 2020 bahawa pemegang kad UNHCR adalah tidak mempunyai sebarang status, hak dan asas untuk mengemukakan sebarang tuntutan kepada kerajaan Malaysia,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, JPJ sentiasa komited dalam memastikan kedaulatan undang-undang sentiasa terpelihara dan tidak sesekali berkompromi terhadap apa jua pelanggaran peraturan jalan raya yang telah ditetapkan. – MalaysiaGazette