Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang berterima kasih kepada Tengku Zafrul atas kenyataan hari ini selepas timbulnya kekeliruan umum mengenai kadar faedah atau keuntungan yang dikenakan berkaitan skim moratorium atau penangguhan bayaran balik pinjaman sewa beli yang ditawarkan oleh institusi kewangan.

“Terima kasih Menteri Kewangan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, atas keprihatinan terhadap suara rakyat seperti kenyataan dalam facebook. Bank Negara Malaysia (BNM) dan institusi kewangan di bawah Kementerian Kewangan dan wajar ikut saranan menterinya

“Dengan kenyataan beliau ini maka sahlah bahawa menteri kewangan wakili rakyat dan bukan wakil bank,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pontian menerusi ciapan dalam Twitternya hari ini.

Terdahulu, Tengku Zafrul menyarankan agar semua institusi kewangan khususnya yang terlibat dalam moratorium untuk mempertimbang bagi melupuskan kadar faedah terakru atau keuntungan sepanjang tempoh enam bulan skim tersebut di samping Kementerian Kewangan sedia untuk bekerjasama dengan BNM dan sektor perbankan bagi memastikan pelaksanaan saranan itu.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Menteri saran bank pertimbang lupus faedah pinjaman