Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

PUTRAJAYA – Sebanyak 116 kes pulih Covid-19 dan dibenarkan discaj hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj dari wad adalah sebanyak 4,326 kes.

Katanya, tiada kes kematian dilaporkan dan jumlah kematian kekal 103 atau 1.67 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Bagaimanapun beliau berkata, sehingga pukul 12 tengahari hari ini, terdapat 105 kes baharu diterima pihaknya.

“Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,176 kes.

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,747 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya pada sidang media Covid-19 di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan hari ini, 11 kes adalah kes import.

Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 94 kes, di mana 60 kes telah dikesan dari lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), katanya.

“Sehingga kini, sebanyak 31 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, 12 kes memerlukan bantuan pernafasan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast